Wednesday, October 20, 2010

Benarkah Sunmi kembali sertai Wonder Girls?








SEOUL, 20 OKT 2010: Bagi peminat setia kumpulan Wonder Girls, pasti anda mengetahui bahawa kumpulan yang popular dengan lagu Nobody itu mempunyai seorang ahli kumpulan bernama Sunmi,18, sebelum ini.

Bagaimanapun, ketika kumpulan ini berada di puncak populariti, Sunmi telah mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini atas alasan ingin menyambung pelajaran di Univeristi Dongkook.

Pun begitu, Sunmi yang baru saja mula melanjutkan pelajaran di Universiti Dongkok pada 15 Oktober lalu dikatakan bakal kembali menganggotai kumpulan Wonder Girls semula.

Malah, berita ini bukanlah sekadar satu propaganda kerana ramai peminat Sunmi amat mempersetujui sekiranya Sunmi kembali dengan kumpulan ini memandang Sunmi juga adalah antara ahli yang banyak menaikkan nama kumpulan Wonder Girls.

Dalam pada itu, ada sebilangan peminat Wonder Girls telah mengesahkan melihat Sunmi banyak kali keluar masuk ke pejabat JYP Entertainment (syarikat yang menguruskan Wonder Girls).

Difahamkan, kekerapan Sunmi ke pejabat itu adalah untuk membincangkan tentang hal berkaitan denghan kumpulan tersebut iaitu sama ada Sunmi dah bersedia untuk kembali semula dengan Wonder Girls atau pun sebaliknya.

"Ya, memang benar Sunmi ada banyak kali ke pejabat kami. Tujuan dia ke sini adalah untuk belajar menyanyi dan menari walaupun dia bukan lagi ahli Wonder Girls. Bagaimanapun, pada sesi raptai konsert Wonder Girls, Sunmi hanya hadir sebagai kawan yang melawat teman lama.

"Pun begitu, sekiranya dia mahu beraksi dalam konsert latihan itu, dia masih lagi boleh berbuat demikian kerana kontrak Sunmi bersama Wonder Girls masih lagi sah. Cuma dia saja yang membuat kata putus untuk tidak bersama lagi. Kembalinya dia ke industri ini pun semuanya terletak di atas kata putus Sunmi sendiri. 
Kami tak ada hak untuk memaksanya.

"Lagi pun, kami masih belum buat sebarang perbincangan tentang statusnya dengan Wonder Girls. Tapi kami memang tahu, Sunmi memang seorang yang suka beraksi di atas pentas serta menghiburkan peminat. 

Kami agak terkejut dengan keputusanya untuk menarik diri daripada Wonder Girls yang dilakukannya dulu. Sekali lagi, sekiranya dia kembali jadi artis, semuanya adalah keputusan dia bukan kami," kata wakil JYP Entertainment.


Monday, September 6, 2010

LIKE my facebook

hanya klik & like

http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Arie-Sinclair/149798348371553?ref=ts

Balik Kampung PAHANG , & Berbuka di MPK Kuantan, bersama2 Family



Suasana di Bazar Ramadhan MPK KUANTAN









Orang ramai dah mula berkumpul di Padang MPK untuk berbuka










Suasana selepas berbuka





Ramai kan.... leh masuk Malaysian Book of Record ... tempat berbuka terbuka paling ramai... huhuhuhu

Selepas sampai sahaja di Kuantan, saya bersama my family teros pergi ke bazar ramadhan di sebelah Padang (MPK) Kuantan iaitu bersebelahan dengan Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan Pahang. Saksikanlah sedutan video dibawah ini, suasana di Bazar Ramadhan & juga suasana manusia berbuka di Padang (MPK) Kuantan pada 4 september 2010.




Walaupun ini adalah kali pertama untuk saya, macam2 gelagat kelihatan, antaranya terserempak dengan kwn2 lama, saudara, jiran2 kampong, dan juga kawan2 ketika Tingkatan 6 dulu2... meriah!


Makanan Berbuka...


Mempelam Epal... antara mempelam paling sedap bagi aku...



sedap!

BAZAR RAMADHAN di MASJID INDIA









Friday, August 13, 2010

Tari Inai

Arie menari Tari Inai

Tari Inai semasa Penilaian Tahun Akhir "PeTA" Tari Aswara 2010

Berikut adalah gambar2 saya dalam malam perembahan
PeTA Tari Aswara 2010 di ET ASWARA.
Tarian ini adalah tarian paling saya suka/gemari
semasa blaja di ASWARA...


Insyaallah saya akan menurunkan
ilmu tarian Tari Inai ini kepada
yang betul - betul ingin
mempelajarinya dan untuk
generasi yang akan datang...

Tarian ini memerlukan usaha,
ketahanan yang kuat,
rasa dalam tarian,
ikhlas dalam diri,


Tari Inai - Condong Timur Jago


Tari Inai - Proses Berumoh


Tari Inai - Langkah Sekebun


Tari Inai - Proses ke Tohok tari


Tari Inai - Liuk Separuh



Sebuah lagi tarian tradisional Kelantan yang
hampir pupus sekarang ini ialah Tari Inai.
Bagi mereka yang tidak tahu, akan merasakan
bahawa Tari Inai sama dengan Terinai.

Sebenarnya antara Tari Inai dan Terinai ini mempunyai
perbezaan walaupun ada kemungkinan berasal dari sebutan perkataan yang sama, cuma mengikut loghat sebutan negeri masing-masing.
Terinai ialah sebuah tarian tradisi negeri Perlis sedangkan Tari Inai pula
berasal dari Kelantan.


Saturday, July 24, 2010

RESULT PeTA

RESULT PeTA

Esok masanya mik result peperiksaan PeTA kat HEA, walaupon dah tau keputusannya di internet.

Risau lak nak jumpa kekawan...

TVC

PEMBIKINAN IKLAN


Peristiwa yang manis kerana time tu Arie just teman kawan g shooting untuk TVC baru-baru nie kat area Subang Jaya. Hampir 12 jam menempuh proses pembikinan iklan ni. Arie tunggu kat belakang hanya melihat aksi model2 iklan kat situ, Tiba2 ada pengurus kat situ jumpa Arie n nak bayar payment sebab join TVC diorg... terus je Arie cakap Arie tak terlibat dgn TVC tu... huhuhu, tersenyum pengurus tu, dia ingatkan Arie terlibat.

Kemudiannya ada sorang Amoi ni tetibe suruh masuk dengan model2 lain, huhuhuhu.. Arie pun terus cakap Arie tak terlibat dgn TVC tu... huhuhu.... tersenyum lak Amoi ni...

Next nye, pengarah kat situ... aku tul2 kat kiri belakang dia, banyak kali dia toleh belakang, hampir berbelas kali, aku kompius gak dia pandang aku ke sape, aku wat2 tak tau ajew, pandang atas, depan.... rupanya dia nak aku masuk dalam scene tu time tu... aku jawabla... aku just teman kawan je, tak terlibat... dia hanya tersenyum, ni sbb bujet diorg pon tinggi, model pon ramai gak.... huhuhuhu.... lari bajet lak kalau mik aku... wakaka

Aku suka tgk disebalik tabirnya... unik... penggunaan camera, latar hijau tuk 2D mmg menarik jika hasilnya siap nanti... huuhuhuhu

Tuesday, July 20, 2010

World Cup AFRICA 2010 di Dataran Merdeka


BELANDA vs SEPANYOL


Suasana malam di Kuala Lumpur


Ni kali ke 2 Arie tengok World Cup, tu pun tengok Final je... sebab tak minat sangat, cuma minat tengok Final aje... sebelum tengok Arie dah agak dah Sepanyol menang... tup2 Sepanyol menang... huhuhu.. kat bawah ni antara Peminat2 bola sepak kat Dataran Merdeka pada malam tu....




ramai giler!