Wednesday, October 20, 2010

Benarkah Sunmi kembali sertai Wonder Girls?








SEOUL, 20 OKT 2010: Bagi peminat setia kumpulan Wonder Girls, pasti anda mengetahui bahawa kumpulan yang popular dengan lagu Nobody itu mempunyai seorang ahli kumpulan bernama Sunmi,18, sebelum ini.

Bagaimanapun, ketika kumpulan ini berada di puncak populariti, Sunmi telah mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan ini atas alasan ingin menyambung pelajaran di Univeristi Dongkook.

Pun begitu, Sunmi yang baru saja mula melanjutkan pelajaran di Universiti Dongkok pada 15 Oktober lalu dikatakan bakal kembali menganggotai kumpulan Wonder Girls semula.

Malah, berita ini bukanlah sekadar satu propaganda kerana ramai peminat Sunmi amat mempersetujui sekiranya Sunmi kembali dengan kumpulan ini memandang Sunmi juga adalah antara ahli yang banyak menaikkan nama kumpulan Wonder Girls.

Dalam pada itu, ada sebilangan peminat Wonder Girls telah mengesahkan melihat Sunmi banyak kali keluar masuk ke pejabat JYP Entertainment (syarikat yang menguruskan Wonder Girls).

Difahamkan, kekerapan Sunmi ke pejabat itu adalah untuk membincangkan tentang hal berkaitan denghan kumpulan tersebut iaitu sama ada Sunmi dah bersedia untuk kembali semula dengan Wonder Girls atau pun sebaliknya.

"Ya, memang benar Sunmi ada banyak kali ke pejabat kami. Tujuan dia ke sini adalah untuk belajar menyanyi dan menari walaupun dia bukan lagi ahli Wonder Girls. Bagaimanapun, pada sesi raptai konsert Wonder Girls, Sunmi hanya hadir sebagai kawan yang melawat teman lama.

"Pun begitu, sekiranya dia mahu beraksi dalam konsert latihan itu, dia masih lagi boleh berbuat demikian kerana kontrak Sunmi bersama Wonder Girls masih lagi sah. Cuma dia saja yang membuat kata putus untuk tidak bersama lagi. Kembalinya dia ke industri ini pun semuanya terletak di atas kata putus Sunmi sendiri. 
Kami tak ada hak untuk memaksanya.

"Lagi pun, kami masih belum buat sebarang perbincangan tentang statusnya dengan Wonder Girls. Tapi kami memang tahu, Sunmi memang seorang yang suka beraksi di atas pentas serta menghiburkan peminat. 

Kami agak terkejut dengan keputusanya untuk menarik diri daripada Wonder Girls yang dilakukannya dulu. Sekali lagi, sekiranya dia kembali jadi artis, semuanya adalah keputusan dia bukan kami," kata wakil JYP Entertainment.


No comments:

Post a Comment